Rabu, 15 Juli 2009

apakah ini cinta?

bila kita merasakan sebuah kerinduan yang begitu mendalam. hingga terasa sesak setiap kali mengingatnya.
bila kita terdorong untuk tetap bersemangat menghadapi permasalahan dan ingin meledakkan kepala. dan ketika mengingatnya, semua permasalahan adalah mudah.
bila dalam diri kita tumbuh semangat untuk terus belajar dan belajar sedang setiap saat kebosanan menanti. dan ketika ingat padanya semangat itu tumbuh kembali dan kebosanan itu hilang.
bila menjadi lebih baik dari waktu lalu adalah semangat. dan ketika mengingatnya semangat itu terus hadir.
bila mencintaiNya adalah sebuah keniscayaan. dan ketika itu ia datang dan teringatku akan cintaNya.
bila mencintai RasulNya adalah sebuah keharusan seorang muslim. dan ketika ia datang aku menjadi lebih mencintai Muhammad.

maka, bila diantara aku dan dia ada semua itu. apakah rasa itu?
maka, bila diantara aku dan dia berdiri sebuah perbedaan besar. bagaimanakah aku?
maka, bila diantara aku dan dia tidak dalam naungan ISLAM. salahkah aku?

sedangkan aku ingin selalu bersamanya. mengarungi hidup, mencintaiNya, mengikut Rasulnya, dan mempersiapkan sebuah tempat disisi RasulNya di akhirat kelak.

cinta kah? nafsu kah? fitrah kah? ujian kah?

dan kepadaNya aku hanya bisa bersandar....

maka, apakah yang harus kupilih?

Waspadalah wahai wanita............

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama-sama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah, maka kami temui Nabi sedang menangis. Kami bertanya kepada Nabi s.a.w.:

“Apakah yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?”

Nabi menjawab: “Pada malam aku di-isra’kan ke langit, aku melihat orang-orang sedang mengalami seksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis”.

Ali r.a. bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau lihat?” Nabi bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya mendidih dan otaknya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dilepas dari punggungnya, sedangkan aspal mendidih dari neraka dituangkan kekerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan di bawah kekuasaan ular dank ala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri, serta di bawahnya nampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
Wanita-wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
Wanita yang tuli, buat dan bisu di dalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai), yang mendapat berjuta seksaan.
Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan sedangkan beberapa ular dank ala jengking masuk melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka”.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata: “Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu?”

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hai Fatimah, adapun tentang:

Wanita yang digantung dengan rambutnya Kerana dia tidak menjaga rambutnya (tidak ditutup) di kalangan laki-laki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya Kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya Kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.
Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya Kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas.
Wanita yang memakan badannya sendiri, Kerana dia bersolek untuk dilihat oleh laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
Wanita-wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka Kerana dia suka menonjol-nonjolkan dirinya (ingin terkenal) di kalangan orang ramai, dengan maksud supaya mereka (orang ramai) itu melihat perhiasannya (auratnya), dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, kerana perhiasannya.
Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan di bawah kekuasaan ular dan kala jengking Kerana dia mampu untuk mengerjakan solat dan puasa, sedangkan dia tidak mahu berwudhu’ dan tidak solat dan tidak mahu mandi wajib.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himar (keldai), Kerana dia suka mengadu domba serta berdusta.
Wanita yang berbentuk anjing Kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya.
:cry: :cry: :cry: